17 Oktober, 2013
Berita Malu Yang Tidak Di Siarkan..
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Lembah Pantai, Mohyiddin Mohamad dan
calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak, Mohd Nazari Sabran
mendakwa wujudnya unsur penyelewengan dan politik wang ketika mesyuarat
cawangan dan pemilihan tiga sayap parti pada Sabtu lalu.
Mohyiddin berkata, sogokan wang tersebut dipercayai membabitkan bukan
saja ketua bahagian namun turut melibatkan timbalan dan ahli Majlis
Tertinggi (MT) Umno.
Katanya, ini bukan kali pertama calon tersebut melanggar etika dan
perlembagaan parti kerana ia berlaku sejak empat tahun lalu dan pihak
berkenaan juga tidak mengikut beberapa peraturan mesyuarat Sabtu lalu.
Pada Sabtu lalu, katanya, pentadbiran bahagian menyediakan sidang video
untuk penyandang jawatan merasmikan mesyuarat tiga sayap walaupun tiada
ucapan ketua bahagian sebelum ini.
"Sekurang-kurangnya empat aduan dikemukakan kepada Jawatankuasa
Pemilihan, Lembaga Displin dan Ibu Pejabat Umno kerana wujudnya politik
wang dalam kempen.
“Ia dipercayai dilakukan oleh ejen calon bagi memastikan barisan
kepimpinan tertentu menjadi pilihan perwakilan pada pemilihan Umno,"
katanya kepada akhbar Berita Harian.
Sementara itu, di Ipoh, pencabar jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian
Pasir Salak mendakwa lawannya Dr Faizal Tajuddin mengedarkan beberapa
barangan kepada perwakilan ketika tempoh berkempen.
Katanya, ia termasuk sebuah buku tertulis "Direktori Untuk Kepimpinan
Pergerakan Pemuda Umno Cawangan yang memaparkan segala aktiviti Ketua
Pemuda Bahagian tersebut.
"Di dalam buku tersebut menunjukkan gambar individu terbabit mengagihkan
barangan pertanian dan sukan kepada perwakilan, maka kita persoalkan
apa locus standi dia mengagihkan barangan itu," katanya.
Bagaimanapun, Dr Faizal menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.
Pada pemilihan Umno Bahagian Sabtu lalu, Dr Faizal menewaskan Mohd
Nazari dengan 243 undi berbanding 163 yang diperolehi pencabarnya.



0 orang berkata:
Post a Comment