17/10/13
Bibit kejatuhan PAS Kelantan?Husam berlaga pimpinan baharu
Peristiwa pertembungan bekas Exco kerajaan
negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan
pimpinan baru kerajaan negeri Kelantan merimaskan banyak pihak di
Kelantan.
Apa yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
minggu lalu merisaukan mereka jika ia menjadi bibit kejatuhan kerajaan
yang dibina oleh PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 23
tahun lalu itu.
Husam membangkitkan banyak perkara penting dalam sidang itu yang
kebanyakannya dengan cara menyerang pimpinan kerajaan negeri yang baru.
Ini termasuk isu pembalakaMenariknya, apabila beliau menimbulkan cerita
ini, pelbagai persoalan muncul. Antaranya ialah:
1) Mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan daripada partinya sendiri?
2) Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?
3) Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri?
4) Adakah beliau sedang
mensabotaj kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco
dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?"
Empat persoalan ini dibangkitkan oleh Profesor Datuk Dr Muhamad Agus
Yusof, penganalisis politik daripada Univerisiti Kebangsaan Malaysia
melalui Facebooknya.
Namun, memandangkan pilihan raya masih jauh, ia masih belum terlambat untuk diselesaikan.
"Kemelut yang berlaku ini tidak akan meranapkan kedudukan PAS di
Kelantan kerana tempoh untuk menghadapi PRU akan datang masih terlalu
jauh. Jadi masih ada banyak masa untuk pemulihan dan pengukuhan semula
PAS di negeri itu, apatah lagi dengan kedudukan Umno itu sendiri yang
bermasalah di sana," kata pengkaji politik Kelantan, Dr Kamarul Zaman
Yusoff.
Kamarul Zaman yang membuat tesis PhD mengenai 'PAS dalam era Kepimpinan
Ulama' mengulas mengenai apa yang berlaku di Kelantan itu.
Bagi beliau, PAS Kelantan berada dalam kejutan kerana tidak menyediakan
pelan peralihan kuasa yang mantap ekoran Nik Aziz tidak menjadi Menteri
Besar Kelantan selepas pilihan raya umum lalu.
“Sebelum ini pandangan ahli PAS ialah Nik Aziz akan kekal menjadi MB
sehingga mati, dan ini yang dinyatakan oleh Nik Aziz sendiri.
"Jadi bila berlaku peralihan kuasa, dengan ada komponen penting yang
tertinggal, dan proses peralihan kuasa itu dibuat di dalam cara yang
boleh dipersoalkan ahli PAS, maka sedikit sebanyak akan berlaku
kekeliruan," katanya.
Husam, katanya, mempunyai pengaruh tersendiri di Kelantan khasnya di kalangan golongan muda dan guru pondok.
"Apabila situasi begini berlaku, ada pihak yang menyalahkan Nik Aziz
sendiri kerana tidak menamakan dengan jelas susunan pengganti beliau,"
kata Kamarul Zaman kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, dengan latar belakang begini, perkembangan yang berlaku
dalam PAS Kelantan membabitkan Husam sejak kebelakangan ini tidak
mengejutkan.
Katanya, ia adalah lumrah sebagai suatu reaksi kepada kejutan yang berlaku itu.
"Cuma persoalan sama ada ia akan memberi natijah positif atau negatif
kepada PAS bergantung kepada cara PAS menguruskannya," katanya.
Beliau berkata, jika pimpinan baru PAS Kelantan mengendalikannya dengan
cara yang matang seperti tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub
memberi jawapan yang jelas, rasional dan direct to the point kepada
soalan yang diajukan Husam kepada beliau maka ia akan memberi natijah
positif kepada PAS.
Beliau merujuk kepada jawapan Ahmad dalam sidang DUN Kelantan minggu lalu.
Pada sidang itu, Ahmad membenarkan apa yang dibangkitkan oleh Husam
mengenai adanya permohonan untuk mendapatkan kawasan balak di situ
tetapi ia belum diluluskan lagi.
Husam ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014
Kelantan membidas tindakan kerajaan negeri terhadap kelulusan tanah
seluas 1,400 hektar di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang.
"Bagaimanapun, jika pimpinan baru PAS Kelantan mengurusnya dalam cara
yang kurang matang seperti tindakan Timbalan Menteri Besar mengelak
daripada menjawab soalan yang diajukan Husam kepadanya, tindakan Exco
Hanifa Ahmad tidak membenarkan Husam mencelah ucapannya, Exco Datuk Mohd
Nassuruddin Daud menyerang Husam secara peribadi dan Speaker DUN,
Abdullah Yaakub, mematikan mikrofon Husam bagi mengelakkan beliau terus
mencelah ucapan Mohd Nassuruddin, maka ia akan memberi natijah negatif
kepada PAS kerana ia boleh mengundang perpecahan dalaman parti," kata
Kamarul Zaman.
Kesimpulannya, Kamarul Zaman berkata, PAS Pusat seharusnya belajar
daripada sejarah dan perlu bertindak proaktif bagi menyelesaikan isu
ini.
Pada 1975, krisis awal antara Datuk Mohamad Nasir dan Adun-adun PAS
berjaya dielakkan apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menubuhkan satu
jawatankuasa pendamai yang diketuai oleh Ali Taib.
Krisis kedua pada 1977 pula gagal diselesaikan apabila ia terlalu lewat
dirujuk kepada JK PAS Pusat sehingga membawa kepada kekalahan teruk PAS
dalam DUN Kelantan 1978.
Kamarul Zaman berkata, jika campur tangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
tidak berlaku sebagaimana diharapkan, maka jalan keluar yang dilihat
oleh banyak pihak sebagai penamat kepada kemelut ini ialah sama ada
Husam melonjakkan diri ke kedudukan lebih tinggi atau dimatikan terus
dalam pemilihan PAS November ini.
Bagaimanapun, Agus mahu melihat tindakan Husam ini dengan positif
apabila berkata, "Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik
cara ini juga diamalkan di Parlimen, alangkah majunya politik kita dan
alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!" –n di
Machang, kenaikan tarif air dan perlantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang
(PAC) Kelantan.


0 orang berkata:
Post a Comment