19 Oktober, 2013
Kejadian Ini Buatkan Umno Makin Bengang Dengan Anwar.. Percayalah
Ekoran dari Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia
agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and
Democracy’.
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md
Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada
semua penerima biasiswa JPA.Amaran
“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu
untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang
terlibat.
“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh
menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada
ditarik semula.
“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik.
Apakah tidak balas susulan oleh para pelajar kita?
Rupa-rupanya tidak memberi kesan apa-apa pun.. mereka turun
beramai-ramai membuat bantahan secara aman menyatakan sokongan kehadiran
DSAI di Universiti Adelaide, Australia.
Lagi ditekan lagi rakyat bangkit menyatakan sokongan ... Lawan Tetap Lawan.




0 orang berkata:
Post a Comment