Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

21 Oktober, 2013

Detik Paling Pahit Dalam Hidup Tuan Guru Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, perkara paling pahit dalam hidup beliau ialah ketika kerajaan negeri Terengganu pimpinannya jatuh selepas PAS kalah di Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu.

“Royalti dirampas. Terengganu tewas kerana pengundi luar dibawa masuk. Undi rakyat Terengganu (pada PAS) meningkat tapi tetap tewas,” kata Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Beliau yang menyambut hari jadi ke 66 hari ini berkata demikian ketika ditanya dalam dialog di majlis High-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel malam tadi sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

Di majlis yang sama Abdul Hadi berkata, pengalaman paling manis di dalam karier politiknya ialah apabila musuh datang memohon maaf padanya.

“Contohnya SB (polis cawangan khas) dan tentera datang minta maaf selepas baca buku saya selepas memerhatikan saya sekian lama (atas tanggapan dan tuduhan silap pada beliau),” katanya.

Dalam majlis itu, Abdul Hadi juga ditanya, "Apakah Tuan Guru seorang yang garang"?

“Saya hanya garang pada musuh. Pada anak-anak, ada masa garang ada masa lembut. Tak boleh garang sentiasa dan tak boleh lembut sentiasa,” katanya dengan berseloroh.

Program dialog anjuran Ameerah Fan Club bersama Abdul Hadi semalam dilihat lebih bersifat santai mirip perbincangan anak-beranak yang jarang berlaku dalam program lain.

Abdul Hadi sepanjang sesi tersebut dilihat sangat ceria dan teruja melayani setiap soalan yang dilontarkan padanya termasuk persoalan berkait peribadi.

Pada program itu, Abdul Hadi yang dikenali ‘pakcik nelayan’ dari Marang itu menyatakan kegembiraannya yang amat sangat jika orang tidak dikenali menegurnya.

“Apa yang buat saya gelak, saya menjala di tepi laut... kanak-kanak tak kenal saya. Apabila memancing, ada pelancong datang tanya, ‘Pakcik, ini selalu memancing kat sini ke? Dapat ikan?’

"Selepas itu, mereka kembali dan bertanya, pakcik ini Presiden PAS ke? Nak ambil gambar,” kata ahli Parlimen Marang itu secara berseloroh ketika menjawab soalan daripada hadirin yang menghadiri dialog tersebut. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.