Khamis, 17 Oktober 2013
Naib Presiden Umno: Ketua Bahagian jadi ‘king maker’?
Kalau setakat ketua pemuda cawangan, tak payahlah buat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia
PETALING
JAYA: Khairy Jamaluddin menang besar bagi jawatan Ketua Pemuda pada 12
Oktober lalu apabila 189 bahagian mengundinya. Empat calon lain yang
bertaraf ketua pemuda cawangan iaitu Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed
Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak tidak mendapat sebarang undi.Nampaknya pencabar Ketua Puteri, Jamilah Hanim Othman lebih kuat dari pencabar-pencabar Ketua Pemuda kerana beliau mampu mendapat 43 undi manakala Mas Ermieyati Samsuddin menang dengan 138 undi.
Kesimpulannya, pastikan nama anda sudah gah di peringkat kebangsaan baru boleh mencabar Ketua Pemuda Umno Malaysia. Kalau setakat ketua pemuda cawangan, tak payahlah buat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Yang peliknya banyak bahagian yang pro Datuk Mukhriz Mahathir pada tahun 2009 tidak dapat membantu Akramsyah mendapatkan sebarang undi.
Bagaimana pula nasib enam orang calon Naib Presiden pada hari Sabtu ini? Berapakah undi yang mampu dipungut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir?
Nampaknya dalam pertandingan Naib Presiden Umno, Ketua Bahagian menjadi “king maker”. Mereka akan berunding dengan calon-calon Naib Presiden Umno kerana setiap Bahagian akan mengundi tiga orang sahaja. Jadi tidak mustahil Ketua Bahagian akan tawar menawar dengan calon-calon Naib Presiden Umno.


0 orang berkata:
Post a Comment