Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib tiba di Bali untuk Sidang Kemuncak Apec
  • Najib Razak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
1 / 1
NUSA DUA - BALI. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang dijadual pada Isnin dan Selasa.
  
Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai berhampiran Denpasar di sini dan ketibaan Najib serta Rosmah disambut Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Mohammad Nuh, yang bertindak sebagai menteri pengiring.
  
Turut hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan perdana menteri dan isteri ialah Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Hamzah Zainuddin dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
  
Najib mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak dua hari itu.
  
Beberapa pemimpin negara anggota Apec dijangka menghadiri sidang kemuncak itu termasuk Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Kanada Stephen Harper.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah mengesahkan beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak itu dan akan diwakili Setiausaha Negara John Kerry.
  
Di luar sidang kemuncak itu, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari New Zealand John Key dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin.
  
Sidang kemuncak Apec tahun ini bertema 'Ke Arah Daya Tahan Asia Pasifik, Enjin Pertumbuhan Global'.
  
Najib juga dijadual menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemim

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.