Punca Kes Tembak Menembak Di Lebuhraya Duke 9 Oktober 2013 (Gambar)
October 10, 2013
Laporan Sebenar Tembak Menembak Di Lebuhraya Duke 9 Oktober 2013
Sekumpulan penjenayah dipercayai telah memerhatikan seorang wanita yang
memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sejumlah RM2000. Apabila
mangsa keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu
yang menaiki tiga buah kereta, mengepung kereta wanita itu. Seorang lagi
lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan
cermin kereta dan merampas wang tersebut.
Pihak polis yang kebetulan
berada di kawasan tersebut telah mengejar perompak-perompak itu. Mereka
meninggalkan salah satu kereta di tempat kejadian dan melarikan diri
menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal. Polis berjaya mengejar
salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di
Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan
tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan
balasan. Tiga maut akibat insiden tersebut.








0 orang berkata:
Post a Comment