Selasa, 15 Oktober 2013
Media Antarabangsa Dedah Tujuan Umno Mengharamkan Kalimah Allah Kepada Penganut Kristian
Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada
menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula
sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.
Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah
menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut
Kristian di Malaysia hanyalah 9%.
"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara
Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas
pilihanraya.
"Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk
menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.
Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National
terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan
semalam."Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan
amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri.
Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud
tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam
Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.
"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan
Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum
kedatangan Islam.
"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus
menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu.
"Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan
pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama
mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.
Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010.
Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia
telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu
kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang
Islam.
"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha
Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi
Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash
Sagar. ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment