Selasa, 8 Oktober 2013
Samseng Umno: Calon ugut calon...tak lama lagi lah tue...!!
MARANG - Umno Bahagian Marang mula bersengketa di luar gelanggang
apabila Bendahari Umno Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Datuk
Tengku Zahid (gambar) didakwa telah diugut salah seorang daripada empat calon
Ketua Umno Bahagian Marang.
Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin itu berlaku di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu apabila Tengku Zainuddin diugut akan ditampar selepas menegur dan menyapa calon terbabit.
Kedua-dua tokoh politik dari Marang itu dikatakan hadir pada sesi memperkenalkan calon pemilihan Umno 2013 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.
Difahamkan sebelum kejadian, Tengku Zainuddin menyapa dan menegur sambil meminta calon berkenaan agar bersalam dengan rakan Umno Bahagian Marang, namun dibalas dengan tudingan jari.
Bukan hanya setakat menuding jari ke arah muka Tengku Zainuddin, malah dengan nada serius calon tersebut mengugut akan menampar Bendahari Umno Bahagian Marang itu jika mereka bertemu di luar stadium pada masa itu.
Namun, tiada kejadian buruk dilaporkan berlaku selepas itu tetapi Tengku Zainuddin dikatakan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, semalam, kerana merasa tertekan selain bimbang keselamatannya terancam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan kira-kira jam 12 tengah hari.
Difahamkan perselisihan itu berlaku bukan kerana perebutan jawatan kerana kedua-dua tokoh politik itu bertanding jawatan berbeza pada pemilihan kali ini di mana Tengku
Zainuddin bertanding jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Marang.
Calon lain yang turut bertanding jawatan naib ketua ialah bekas Ketua Pemuda Umno negeri, Saiful Bahri Datuk Baharuddin, Rozi Mukhatar dan seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mat Amin.
Bagi jawatan ketua bahagian menyaksikan persaingan empat penjuru antara Exco kerajaan negeri, A Latiff Awang dan bekas Exco, Datuk Dr Abdul Latif Awang serta Zainal Alang Abdul Rahman dan penyandangnya, Datuk Yahya Khatib Mohamad.
Bagi mendapat kepastian dan gambaran sebenar mengenai insiden itu, Sinar Harian menghubungi calon Ketua Umno Bahagian Marang terbabit, namun panggilan tidak dijawab manakala Tengku Zainuddin ketika ditemui enggan mengulas lanjut.

0 orang berkata:
Post a Comment