Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, October 3, 2013

Oh...patutlah pun Husam tak nak tanding Timbalan Presiden PAS

Jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi topik hangat di kalangan 'kawan' dan 'lawan'.

Nampak gayanya Mat Sabu akan mendapat tentangan......cuma yang jadi teka-teki siapa pencabarnya, adakah dua penjuru atau tiga penjuru.

Jika Dato Tuan Ibrahim dan YB Nik Amar jadi bertanding, maka sekali lagi jawatan itu jadi perlawanan tiga penjuru kerana Dato Husam kata dia tidak akan bertanding dan tiada sebab dia nak bertanding lawan penyandang Matv Sabu.

Semalam Datuk Husam kata dia tak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS seperti DI SINI dan sebelum itu dia buat 'pengakuan' tidak akan bertanding atau 'challenge' TGHA sebagai Presiden PAS.

Kalaulah dia buat U-turn maka satu 'sejarah' akan berlaku di mana jawatan Timbalan Presiden berlawan empat penjuru.

Kenapa Datuk Husam menganggap jawatan Naib Presiden sudah cukup tinggi baginya?

Adakah dia rasa dia tak makan 'cekak'?

Adakah dia merasakan undi dari Kelantan sudah tentu berbelah bagi antara dirinya dan YB Nik Amar malah dengan Datuk Tuan sekalipun kerana Datuk Tuan semacam badannya dimilik oleh Kelantan dan Pahang.

Atau Datuk Husam sudah menghidu kekalahannya jika bertanding Timbalan Presiden dan dengan itu karier politiknya turut terjejas.

Walau apa pun andaian dibuat, hanyalah batang tubuh Datuk Husam sendiri yang boleh menerima 'beban' tertanggung pada pundaknya dan hanya batang tubuhnya sendiri yang tahu jawapannya.

al-brangionline:

Perwakilan bijak membaca geraktari dan pencak silat sekarang.....tunggulah hari 'pertandingan'......

p/s

Pemimpin datang dan pergi dalam PAS semenjak dari zaman Allahyarham Datuk Asri lagi, namun PAS tetap melayari bahteranya dengan kaptan dan juragan yang beramanah.

Sirru 'Ala Barokatillah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.