Tuesday, October 8, 2013
Laporan Audit dedahkan bukti rompakan terancang oleh Umno BN
Laporan Audit dedahkan bukti rompakan terancang oleh Umno BN
Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pembaziran, pemborosan serta
pelbagai penyelewengan bukti kegagalan pemimpin dan Kerajaan BN yang
memimpin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid
Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada 5 Oktober lalu.
Tegasnya, Laporan Audit tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak banyak
berbeza. Wujud kebocoran dan ketirisan berterusan yang membuktikan
kegagalan kerajaan mengatasi masalah penyelewengan tersebut.
“Setiap tahun laporan demi laporan yang didedahkan, keadaan semakin
parah. Ini bukti rompakan terancang kerana mencuri dengan cara senyap
dan tersembunyi.
“Sebanyak 67.61 juta wang rakyat bagi Sambutan Hari Belia Negara tahun
2012, pembaziran yang amat besar. Bayaran kepada artis K-Pop oleh
Kementerian Belia dan Sukan sahaja RM1.6 juta.
“Wang ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar IPT membiayai pembelajaran mereka tanpa dibebankan hutang PTPTN,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar mengajak umat Islam agar senantiasa menjadikan al
Quran sebagai rujukan dalam apa jua aspek kehidupan maupun pentadbiran.
Kegagalan menghayati tuntutan agama yang sebenar, katanya, akan
menyebabkan banyak penyelewengan dan pemborosan berlaku sehingga rakyat
menjadi mangsa melalui kenaikan harga barangan yang melampau.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau
Pinang, Datuk Rashid Hasnon, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif
Bahardin, bekas Speaker Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan
kepimpinan masyarakat tempatan.
Kerajaan Rakyat




0 orang berkata:
Post a Comment