06 Disember, 2013
Perwakilan Umno Cadang Penyokong Pembangkang Tidak Di Berikan BR1M
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa
Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang
turut menerimanya.
Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik
pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan
yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut. "Sebagai contohnya bagi BR1M,
berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun
kita tapi bila bagi mereka ambil.
Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang
pasti, iaitu Bumiputera.
"Saya rasa kita mesti 'bet on sure things', bertaruh kepada yang pasti.
"Yang pastinya, yang kita nampak kali ini adalah undi Melayu, undi Bumiputera.
"Untuk meraih sokongan kepada yang pasti ini, strategi kita mesti ke arah undi Bumiputera dan Melayu ini," kata beliau lagi.
Selain itu, Mohd Shafei turut mahu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan
dikaji semula memandangkan strategi tersebut masih lagi gagal menarik
sokongan pengundi bukan Melayu.
"Kalau nak kata konsep dan cara kerja kita bawa ini baik, undi Cina menurun.
"'We need to stud our strategy again'. Benar 1Malaysia can diamalkan
'but we must also have carrot and stick'," tambah beliau lagi.
Beliau juga menggesa supaya kerjasama dikalangan parti komponen dalam BN
diperkukuhkan dan menjadikan contoh permuafakatan dalam Umno sebagai
rujukan.
"Kadangkala tengok jentera sesama kita saja. Sedangkan jentera dalam komponen tank pernah ambil berat.
"Benar, mereka adalah komponen tapi untuk menang, 'we are a group'.
Parti komponen juga mesti bekerja seperti Umno, 'in areas with 50-55%'
Melayu, jadi kita perlukan undi bukan Melayu. Oleh itu gerak kerja mesti
melalui proses kerjasama," tegas beliau lagi.
Najib yang juga pengerusi BN sebaik berakhir PRU13 menyifatkan
kemerosotan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh gabungan pemerintah
tersebut berpunca daripada "Tsunami Cina", namun pengkritik dan
penganalisis menolak hujah tersebut.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh badan bebas Centre For Strategic
Engagement, berbanding dalam pilihan raya tahun 2008, BN memperoleh 58%
sokongan daripada kaum Melayu tetapi angka tersebut menurun kepada hanya
54% pada 2013, sokongan kaum India juga menurun daripada 47% kepada 44%
dan sokongan kaum Cina menurun daripada 35% kepada 13%.
Dalam pilihan raya lalu, parti komponen PR DAP menghancurkan musuh
mereka MCA, parti komponen dalam BN yang menyaksikan gabungan pemerintah
tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala
Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, BN menang tipis dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding PR mendapat 89 kerusi.
Walaubagaimanapun, PR menang undi popular dengan memperoleh 51%, berbanding BN yang sekadar memperoleh 49% pada PRU13 lalu. ~tmi
Addin:
Umno ingat duit BR1M mak bapak diaorang yang punya..


0 orang berkata:
Post a Comment