Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, December 31, 2013

Walau Pun Sinis, Nampaknya Nazri Terbuka

Sinis adalah stail Nazri Tapi yang penting hakikatnya dia tidak bantah
Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
DECEMBER 31, 2013
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru malam ini.
Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata, jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baru kepada pelancong dari luar negara.
"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini."Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru.
Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine, namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baru.
"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah menteri bekerja untuk rakyat.
"Saya rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita mengurangkannya.
“Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, berkuatkuasa esok. – Bernama, 31 Disember, 2013.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.