Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA FITNAH SAMAN JEW !


Selasa, 31 Disember 2013

Halang Rakyat Kelantan Turun Dataran Merdeka...Ahmad Yakob (MB)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) menafikan beliau menghalang rakyat Kelantan menyertai perhimpunan 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut beliau, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.“Saya kesal laman sosial yang memfitnah saya buat kenyataan tersebut,” kata beliau mengulas mengulas satu entri di laman sosial dua hari lepas.

Dakwaan beliau itu merujuk kepada salah satu entri di laman sosial semalam, ‘Pas Kelantan tidak akan menghantar wakil ke himpunan ‘Turun’ dan tidak menyokong himpunan tersebut kerana himpunan tersebut berslogankan guling kerajaan Malaysia’.

Sambil mengecam fitnah yang dilemparkan kepadanya, beliau berkata tindakan rakyat turun mengadakan himpunan itu sebagai langkah yang dipersetujui bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Mereka mengatakan kerajaan Kelantan menghalang rakyat untuk berhimpun pada 31 Disember ini, bertujuan untuk menggesa kerajaan mengenai beberapa isu kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini. Buat apa saya hendak halang, semua orang setuju, kenapa perlu memfitnah seperti itu.

“Sekarang ini zaman paling mudah untuk memfitnah, setiap orang memiliki akhbar dan laman web masing-masing. Sebab itu kita kena berdisiplin, kena ingat, Islam mengawal manusia supaya tidak rosak dengan berita fitnah di mana-mana sahaja di akhir zaman ini,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.