12/12/13
Adun Pas puji tindakan Ahmad Said agih roti

KUALA TERENGGANU - Tindakan Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menahan dua buah lori
Gardenia untuk mengagihkan bekalan rotinya kepada mangsa banjir di
Kemaman baru-baru ini mendapat pujian pembangkang.
Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2014 di
Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini, Hishamuddin Abdul
Karim (Pas-Tepoh) memuji tindakan Menteri Besar yang menahan kenderaan
berkenaan di kawasan Chendor, Pahang minggu lalu.
Hishamuddin berkata, Menteri Besar tidak
sanggup melihat rakyat kelaparan akibat terperangkap dalam banjir
selepas laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.
"Saya kira, jika saya berada di tempat
Menteri Besar ketika itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama
atas faktor kemanusiaan," katanya. benama


1 orang berkata:
Jika sebahagian roti itu adalah dlm perjalanan untuk dihantar ke rumah anak2 yatim, bagaimana pula dgn tindakan gedebe tu?
Post a Comment