Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

19/12/13

Cerita syiah dah habis muncul cerita guling kerajaan pulak ? ha ha ha...


Cerita syiah dah habis,  tiba tiba pulak keluar cerita guling kerajaan? ha ha ha...

Kelakor memang kelakor ..

Yang aku  nampak semua ini  satu saje iaitu untuk alih isu  kenaikan harga barang    dan keperluan asas yang memang menyusahkan rakyat marhaen yang tengah hangat sekarang.

Rakyat  dilalaikan dengan momokan isu isu sensasi seperti syiah dan ter now ialah menguling kerajaan supaya semua rakyat dan yang terutama sekali macai macai BN terleka  dan berkhayal   serta akan bersimpati dengan kerajaan.

Aku memang sokong dan amat bersetuju untuk mengulingkan kerajaan , tetapi bukan cara kotor seperti yang digembar gemburkan.

Aku  hanya menyokong  cara mengulingkan kerajaan BN melalui kertas undi semasa pilihan raya itu saje faham.

Sekali lagi aku  gelak nguling nguling pasai kelakor dengor berita ini ha ha ha.....

Baca  [ bawah ] penafian SAMM.


SAMM nafi terlibat himpunan guling kerajaan




  • SAMMSAMM
 1 / 1 
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.
“Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.

Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

“Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekali gus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respons kebanyakan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat.

"SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan,” katanya dalam satu kenyataan.

Edy berkata, bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein.

"Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata,” katanya,


Batu Vs Kayu

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.