Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


21 Disember, 2013

Kalau Tol Tidak Naik, Cukai Akan Naik - Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan."Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. 
Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.
"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara."Pembangkang di negeri sahaja. 
Ingat mereka kalau ditempat sama tidak buat tindakan sama!" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.
Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekooran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan pimpinannya.
"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat."Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.