Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Banjir: 1,035 penduduk di Mersing dipindahkan

02/12/2013 11:54pm

JOHOR BAHARU - Bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Mersing semakin meningkat apabila sejumlah 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan malam ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkifli Hashim berkata, setakat pukul 10 malam, kesemua mangsa yang terjejas melibatkan penduduk di 16 kawasan iaitu Kampung Air Tawar, Kampung Lubuk, Felcra Sri Mahkota Endau, Semaloi dan Kampung Bukit Pasir.

Turut terjejas ialah Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Orang Asli Labung, Kampung Peta, Kampung Air Merah, Kampung Wak Salam, Jalan Sekakap, Kampung Che Wok, Kampung Sawah Datuk, Kampung Makam dan Kampung Paya Tunggal, katanya ketika dihubungi.
Zulkifli berkata, hujan masih renyai-renyai di sekitar Mersing dan keadaan air pasang pada pukul 9.30 malam menyebabkan paras air meningkat setinggi 3.3 meter.

Tambahnya, laluan di KM7 Jalan Nitar-Mersing, KM32 dan KM35 Jalan Mersing-Kota Tinggi kini hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Ujarnya, bilik gerakan banjir daerah itu sedang memantau perkembangan banjir setiap masa manakala pasukan penyelamat yang melibatkan pelbagai agensi sedang giat memindahkan penduduk ke kawasan selamat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.