Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Banjir: 1,443 lagi mangsa dipindahkan di Terengganu


04/12/2013 5:37pm

KUALA TERENGGANU - Sejumlah 1,443 orang lagi mangsa dipindahkan di kawasan terjejas banjir di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu petang ini menjadikan kesemua 4,929 orang ditempatkan di pusat pemindahan.
Pagi tadi jumlah yang ada sebanyak 3,486 orang.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mangsa yang baru dipindahkan di Kemaman sebanyak 481 orang, Dungun (294) dan Hulu Terengganu (668) orang. Jumlah keluarga yang terlibat adalah 1,275.
Di Kemaman, sebanyak 36 pusat pemindahan dibuka di kawasan terjejas dengan banjir iaitu balai raya, bangunan sekolah, surau, masjid dan sebagainya.
Di Dungun, lima pusat pemindahan dibuka setakat ini di balai raya, bangunan sekolah sementara di Hulu Terengganu, 17 buah pusat pemindahan di surau, dewan sivik, masjid, dan balai raya.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan keadaan air di beberapa batang sungai utama di negeri ini berada dalam kedudukan bahaya.
Sungai Kemaman misalnya di Jambatan Banho paras air melebihi paras bahaya setinggi 20.08 meter (bahaya 19 meter), Jambatan Air Putih 15.27 meter (bahaya 14 meter) dan Jambatan Tebak 19.37 meter (bahaya 19 meter).
Sungai Dungun di Kuala Jengai air setinggi 26.12 meter melepasi paras bahaya 21 meter dan Jambatan Jerangau 13.39 meter (bahaya 12.5 meter) manakala di Hulu Terengganu di Sungai Menerong 25.1 meter (bahaya 24.5 meter).
Menurut jurucakap JPS, kedudukan paras air itu, dibaca pada pukul 3 petang ini. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2mUxkkJkk
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.