Friday, December 20, 2013
Rakyat Bergelut Dengan Sara Hidup Tinggi Mereka Bising Isu Wahabi - Togel Punya Pemimpin!
Atau saja buat isu nak alihkan perhatian?
Ustaz KDN ajak Shahidan berdebat, siapa kalah lepaskan jawatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 20, 2013
Ustaz KDN ajak Shahidan berdebat, siapa kalah lepaskan jawatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 20, 2013
Penolong
Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam
Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Datuk Seri Shahidan
Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman
tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada
keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah
mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada
fahaman hantu.
"Saya sedia
berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta
tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan
masing-masing.
Sebelum ini
dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Shahidan
menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan kerajaan
terhadap Syiah."Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam
tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli
Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam,"
katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Katanya,
Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah
mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan kenyataan
tersebut.
"Pegawai di KDN
hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun
mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang
tidak boleh diterima," katanya.
Zamihan
berkata, Shahidan tidak layak untuk membincangkan isu Wahabi atau yang
berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.
Katanya,
tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membela Wahabi
membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran Wahabi.
"Mengapa beliau
perlu bimbang dan melenting apabila disebut tentang Wahabi? Adakah
beliau menyokong Wahabi? Mengapa perlu membela ajaran itu sedangkan di
Malaysia kita mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Apakah alasan
Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini,"
katanya.
Zamihan
berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah
seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.
"Beliau sebut
fahaman Syiah adalah salah tetapi siapakah antara individu
menandatangani Amman Message mengiktiraf Syiah, bukankah beliau salah
seorang daripadanya," katanya.
Pada 2004,
Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang menguruskan hal ehwal Islam, Tan Sri Abdul Hamid Othman
menandatangani perjanjian Amman Message.
Amman Message
merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang
memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam
Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun
yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi,
Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan
Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka
orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian
tersebut.
Bagaimanapun,
kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah
negara dan itu sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika
ini.
"Ia sudah
termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia
bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang
dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan," katanya. - 20
Disember, 2013.


0 orang berkata:
Post a Comment