Mangsa banjir di Pahang meningkat semula
-
Anggota
Tentera menunggahkan bantuan makanan dari trak untuk dimasukkan ke
helikopter sebelum dihantar ke Pusat Pemindahan Banjir yang tidak dapat
sampai melalui jalan darat, dekat Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang yang sebelum ini dilaporkan
menurun, kembali meningkat kepada 39,177 berbanding 32,808 orang petang
tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 9 malam ini membabitkan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Jerantut dengan bilangan mangsa banjir meningkat, Rompin dan Maran menurun manakala Lipis dan Bera kekal dengan jumlah sama.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 34,504 orang yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, di Pekan 3,356 mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan, Temerloh (485 - enam pusat pemindahan), Jerantut (478 - 11 pusat pemindahan), Rompin (173 - lima pusat pemindahan), Maran (83 - dua pusat pemindahan), Bera (65 - enam pusat pemindahan) dan Lipis (33 - dua pusat pemindahan).
Katanya kesemua mangsa daripada 11,253 keluarga itu ditempatkan di 97 pusat pemindahan membabitkan 77 kampung.
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Km62 Jalan Kuantan-Rompin dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment