Mat Sabu: Isteri sudah tidak kisah
SHAH ALAM - "Apa yang berlaku kepada suaminya ini adalah siaran ulangan, yang akan berlaku entah berapa kali lagi".
Demikian kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang merujuk kepada reaksi isterinya ketika menerima berita beliau terlibat dengan ajaran Syiah.
Beliau berkata, isterinya juga tidak pernah ambil "port" berkenaan isu tersebut sebaliknya melabelkannya sebagai perkara biasa sebagai seorang isteri ahli politik.
"Bila timbul televisyen dok hentam saya dalam isu Syiah, saya telefon isteri saya pukul 11 malam, dia sudah tidur.
"Ertinya dia tak ambil kisah pun, maksudnya apa yang dia dengar itu, apa yang berlaku kepada suami dia ini, adalah siaran ulangan.
"Dia tak ambil 'port' susah hati atau apa, saya ingat dia akan telefon saya tanya, tapi dia tak tanya pun," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika sesi temu bual eksklusif di pejabatnya, semalam.
Sebelum ini, mengikut laporan media Mohamad telah dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk khalwat, komunis dan Syiah.
Dalam perkembangan lain,Mohamad yang juga Pesuruhjaya Pas itu berkata, bagaimanapun isu komunis adalah cabaran yang terbesar baginya dan keluarga.
"Saya rasa isu komunis hari itu yang mencabar, sebab saya ada 1,100 laporan terhadap saya dan keluarga saya menerima ancaman, termasuk anak saya mendapat SMS ugutan, rumah saya cuba dibakar pintu pagarnya.
"Isu komunis itu lebih mencabar yang lain itu, saya rasa isu Syiah ini pun tak lama, ia akan berlalu tidak lama lagi," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment