PKR syor Umno bangkit isu pencerobohan negara
SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa perwakilan Umno supaya membangkitkan
isu mengenai keselamatan dan kedaulatan negara dalam Perhimpunan Agung
Umno 2013 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur.
Menurut Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, jika Umno mahu menjadi sebuah parti harapan rakyat, mereka perlu memandang serius isu pencabulan kedaulatan negara yang didedahkan oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.
"Isu sogokan wang yang didakwa melibatkan Peguam Negara sehinggakan keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia di dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007 adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya Barisan Nasional.
"Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri," katanya yang dipetik daripada kenyataannya, hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengesyorkan supaya Umno membangkitkan isu penubuhan Kaukus Parlimen mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) agar Parlimen memberikan kuasa untuk memperincikan perjanjian tersebut sebelum ditandatangani.
"Umno juga harus turut serta bersama rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada dengan penjajahan ekonomi yang bakal berlaku sekiranya TPP dimeterai oleh kerajaan," dakwanya.
Menyentuh isu pencerobohan pula, beliau mendesak Umno supaya prihatin dengan insiden penculikan serta pembunuhan pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Sabah baru-baru ini.
"Umno tidak boleh lari daripada memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut jika parti tersebut berhasrat mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan berdaulat," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment