Rabu, 25 Disember 2013
PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 61%). KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014?

Kelihatan sekarang kenaikan tol 2014 tidak boleh dielakkan lagi melihatkan signal dan respon positif yang diberikan oleh Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (SEPERTI DI SINI) bagi menghalalkan kenaikan tol 2014 selepas ini. Walaubagaimanapun….
Cakap-cakap yang mengatakan kenaikan tol
2014 dibuat atas nama perjanjian yang membolehkan kenaikan tol di
Malaysia dilakukan semakan 3 tahun sekali bagi Berita Semasa adalah satu
yang mengelirukan. Hakikatnya, hari ini projek pembukaan lebuhraya baru
di Malaysia boleh diibaratkan sebagai satu lagi model “skim cepat kaya versi taikun-taikun kaya di Malaysia“.
Inilah dia lubuk pemegang konsesi tol buat duit banyak ke atas pengguna
kenderaan yang tiada pilihan alternatif yang terbaik termasuk
pengangkutan awam.
Kenaikan Tol 2014 : Wajar Atau Tidak?
Bagi pendapat Berita Semasa kenaikan tol 2014 adalah tidak wajar dan tidak masuk akal. Mengapa?
- Majoriti daripada pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia telah dikuasai oleh kerajaan (anak-anak Syarikat milik kerajaan). Malah syarikat konsesi lebuhraya ini juga mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan untuk tujuan operasi. Oleh itu, kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol. Hakikatnya, apa pilihan kerajaan sekarang?
- Rekod kewangan syarikat konsesi tol selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda.
- Setiap kali berlaku kenaikan tol di Malaysia, syarikat konsesi akan dilimpahi lonjakan pendapatan, sedangkan rakyat Malaysia terus “terkorban”



0 orang berkata:
Post a Comment