Selangor halang kenaikan harga di tiga tol
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggunakan saham
minoriti yang dimiliki dalam konsesi lebuh raya di negeri itu untuk
membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam Lebuhraya Kesas melalui PKNS manakala 20 peratus dalam Lebuhraya Sprint serta Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP) melalui Kumpulan Perangsang.
“Saya telah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bersetuju bahawa kerajaan Selangor akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya-lebuhraya ini untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan BN.
“Saya difahamkan Menteri Besar akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco (hari ini) dan arahan bakal dikeluarkan kepada wakil-wakil kerajaan Selangor di dalam konsortium lebuhraya terbabit untuk menolak kenaikan tol,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Menurut Ketua Pembangkang itu lagi, Khalid juga sudah bersetuju mengenakan syarat-syarat ketat kepada cadangan lebuhraya baru yang akan dibina seperti Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dan Leburaya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (Klorr).
Antara syarat yang dikenakan ialah, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberi kebenaran sekiranya syarat-syarat keuntungan mengikut formula yang lebih adil kepada rakyat serta dipatuhi oleh kerajaan Persekutuan dan syarikat pemegang konsesi.
Syarat kedua, pegambilan tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya akan dibenarkan sekiranya syarat-syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan syarikat konsesi bertanggungjawab mematuhi syarat tersebut.
Menurut Anwar, ini adalah sebahagian daripada tindakan yang diambil kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.
“Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang jauh lebih besar, sudah tentu kerajaan dengan mudah boleh menghentikan kenaikan tol ini jika ada kemahuan dan keikhlasan,” katanya.
Anwar berkata, pengalaman beliau berdepan dengan isu kenaikan tol ketika menjadi Menteri Kewangan membuatkan beliau yakin bahawa kerajaan berkuasa memberi kata putus dalam soal kadar tol di seluruh negara.
“Kerajaan perlu berwaspada dengan keuntungan berlipat kali ganda yang dinikmati syarikat pemegang konsesi. Saya (ketika menjadi Menteri Kewangan) tidak pernah menerima laporan kewangan yang diberikan oleh syarikat pemegang konsesi bulat-bulat dan dibantu oleh pegawai Perbendaharaan untuk memastikan keuntungan itu munasabah dengan bebanan ekonomi negara dan rakyat.
“Kerajaan mempunyai pegangan besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuhraya, maka ia berhak menggunakan pegangan sahamnya itu untuk melindungi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau turut menyangkal dakwaan kerajaan bahawa kadar kenaikan itu tidak dapat dielak, sedangkan perjanjian yang dimeterai juga boleh dikaji semula.
Tambah beliau, walaupun kerajaan di bawah PR hanya mempunyai sebilangan kecil saham sahaja, namun PR akan berusaha untuk terus membantah kenaikan itu.

0 orang berkata:
Post a Comment