Thursday, December 5, 2013
Ustaz Kazim Berdosa sebab tolak jawatan MT UMNO..
Dah jadi macam budak-budak pulak dah Ahli MT UMNO ni.. menolak jawatan yang di tawarkan oleh Najib dikatanya berdosa..
Kalau terdesak sangatpun coverlah sikit.. Dia ingat dia bercakap dengan budak-budak ke?..
..... Penolakan Mohammad Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan kritikan masyarakat.
“Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka.
“Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang saya anggap dosa kepada agama ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Media semalam melaporkan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai ahli MT Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.
Beliau kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
Dr Asyraf Wajdi berkata, apa yang paling penting adalah Ustaz Kazim dapat terus memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi ilmu agama yang dimilikinya dan menyerahkan sepenuhnya kejayaan dakwah hanya kepada Allah.
“Lebih mustahak Allah akan menilai apakah sumbangan kita bukannya natijah. Soal berjaya atau tidak bukan kerja kita, itu kerja Allah.
“Paling penting kita sumbang apa yang kita mampu berasaskan ilmu yang kita ada,” katanya.



0 orang berkata:
Post a Comment