Warga emas ditemui mati dibunuh di Subang Jaya
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, berkata ketika
kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, kakak mangsa yang berusia 59
tahun hanya menyedari kematian adiknya Rumaizah Burham, 54, di dalam
rumah setelah mendapati pintu bilik utama berkunci.
Menurut kakak mangsa yang enggan dikenali, kebiasaannya pintu bilik utama itu tidak berkunci.
"Namun mengesyaki sesuatu yang tidak kena, kakak mangsa menyuruh anak
lelakinya memecahkan pintu itu dan mendapati mangsa terbaring dengan
muka ditutup dengan bantal serta cedera di bahagian muka.
"Hasil siasatan, polis mendapati keadaan rumah dan bilik mangsa
berselerak serta pintu jeriji besi dan pintu utama tidak dirosakkan,"
katanya.
Yahaya berkata, mangsa cedera di bahagian muka, dahi dan hidung dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul.
Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai melakukan pecah rumah dengan
menyangka mangsa pergi bekerja dan kemungkinan suspek mengenali mangsa.
"Setakat ini, beberapa saksi termasuk jiran dan pengawal keselamatan disoal siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama, 9 Disember, 2013.
0 orang berkata:
Post a Comment