Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

15/05/14

PRK Bukit Gelugor: Hanya tiga laporan polis diterima, satu libatkan calon

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 setelah tiga hari kempen pilihanraya kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Laporan terbabit dibuat dua wartawan dan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu.

Jurucakap polis ACP Azmi Adam berkata, sehingga kini, polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu tersebut termasuk calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Katanya, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk meminta saksi-saksi yang berada di tempat kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Isnin lalu, calon bebas, Abu Backer Sidek dilaporkan mengeluarkan perkataan yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum India ketika sidang akhbar selepas penamaan calon.

Abu Backer bagaimanapun mendakwa perkataan tersebut merujuk kepada segelintir pihak yang melakukan demonstrasi jalanan dan bukan kepada kaum India.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.