Khamis, 29 Mei 2014
Skandal pinjaman Bank Rakyat RM32 juta: Menteri elak wartawan
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan
Malek enggan bertemu media untuk menjawab soalan berhubung kontroversi
kelulusan pinjaman Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri
Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat
sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan
kepada wartawan hari ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu.
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain.
Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.


0 orang berkata:
Post a Comment