18/05/14
Ibu Dyana, seorang anggota Umno ... 'Shahrizat perlu belajar dari ibu saya'
Calon DAP untuk pilihan raya kecil
parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menggesa ketua Wanita Umno
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil belajar daripada ibunya, Yammy Samat
yang memberi sokongan kepadanya walau berbeza parti.
"Saya minta beliau belajar daripada ibu
saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan
saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama
wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan
dalam Umno.
"Apa yang saya capai sekarang disebabkan
oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang
saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari
ini.
Ibu Dyana, seorang anggota Umno, ketika
hadir sebagai tanda sokongan kepada anaknya itu semasa pengumuman calon
pilihan raya kecil tersebut semalam berkata kini tiba masanya untuk
golongan muda memikul lebih bertanggungjawab.
Yammy merupakan wanita pertama yang menjadi setiausaha wanita Umno bahagian dan kini kekal menjadi anggota Umno di Ipoh.
Shahrizat semalam berkata beliau bersimpati dengan Dyana yang didakwanya diperalatkan oleh DAP dan menjadi "boneka" DAP.
Ketua Wanita Umno itu juga berkata, Dyana tidak akan berada di kedudukan sekarang jika tidak kerana Umno.
Dalam jawapan balasnya, Dyana berkata
beliau akan menjadi MP paling muda di Parlimen sekiranya dipilih oleh
pengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Perkara itu pastinya tidak akan dapat dicapai sekiranya beliau menyertai Umno, katanya.
Katanya, kenyataan Shahrizat itu menunjukkan Wanita Umno gagal melonjakkan wanita ke kedudukan utama dalam negara.- Mk
0 orang berkata:
Post a Comment