Akhirnya!!! Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Bebas Tuduhan Mengajar Tanpa Tauliah Oleh Mahkamah... Jom Terjah!!!
GOMBAK: Mahkamah
Rendah Syariah di sini pada Selasa melepas dan membebaskan bekas Mufti
Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada tuduhan mengajar agama
Islam tanpa tauliah pada November 2009.
Hakim
Shaiful Azli Jamaluddin ketika membacakan penghakimannya berkata, pihak
pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan
wujudnya kes terhadap tertuduh.
Mahkamah juga mendapati pendakwaan terhadap Mohd Asri adalah lemah
tanpa disokong bukti-bukti lengkap yang boleh disabitkan bersalah kerana
mengajar agama Islam tanpa tauliah.
Pada
18 November 2009, Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan
mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di
Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang.
Pendakwaan
terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi
RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.
0 orang berkata:
Post a Comment