Delegasi wartawan Indonesia lawat Menara Condong
TELUK INTAN - Delegasi wartawan Indonesia yang kini dalam rangka
lawatan ke Malaysia hari ini melawat Menara Condong yang menjadi mercu
tanda pelancongan di bandar Telok Intan.
Menara condong yang dibina pada 1885 dengan ketinggian hampir 30 meter merupakan binaan yang unik dan menjadi tarikan pelancong.
Delegasi membabitkan lapan wartawan daripada pelbagai agensi media utama Indonesia berada di negara ini sejak Sabtu lalu bagi menyertai program Lawatan Pertukaran Wartawan Malaysia-Indonesia dan akan berada di negara ini sehingga Jumaat ini.
Program itu dianjurkan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (Yirmi) dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia dan Bernama.
Sebelum melawat Menara Condong, delegasi itu diraikan pada majlis ramah mesra oleh Komuniti 1Malaysia (K1M) Rungkup di Mini RTC Kampung Sungai Muhamad dekat sini.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Pengerusi K1M Rungkup, Misran Taib yang turut memberi taklimat ringkas tentang pembangunan kawasan Hilir Perak.
Semalam, delegasi itu meninjau kehidupan masyarakat di daerah Kerian dan melawat Kuala Gula yang merupakan lokasi persinggahan pelbagai spesies burung terutama dari Siberia dan Mongolia. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment