Dyana: Politik samseng tiada tempat di Malaysia
TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, menegaskan bahawa
amalan politik samseng seharusnya ditolak oleh semua rakyat Malaysia.
Jelas Dyana Sofya, ini kerana amalan politik samseng tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik.
"Saya beberapa kali di kacau oleh samseng politik ketika berkempen.
"Ada yang guna motor untuk kacau kempen saya,ada yang pasang muzik kuat-kuat ketika saya sampaikan ceramah.
"Entahlah saya pun tidak tahu, benci sangat mereka dengan saya, tetapi bagi saya janganlah guna taktik samseng dalam berpolitik.
"Oleh itu, satu sahaja pesanan saya, amalan politik samseng tiada tempat di Malaysia, kerana rakyat akan melihat dan menilai, kalau mengamalkan budaya samseng, kelak rakyat tolak kamu," katanya ketika menyampaikan ceramah di Padang Anson semalam.
Sementara menggulas mengenai tawaran Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Shabery Chik kepada penduduk Teluk Intan sekiranya memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong penduduk akan menikmati kemudahan Wifi, Dyana berkata itu sememangnya menjadi tanggunjawab menteri tersebut.
"Undi Gerakan dapat Wifi, tidak kisah Wifi itu memang kerja kamu, itu hak rakyat," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana dengan calon BN Mah.
Ianya diadakan berikutan wakil rakyatnya dariDAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

1 orang berkata:
Apa guna rakyat bayar cukai tiap2 tahun?dah nama kerjaan kena lah bantu.bukan masuk duit dalam poket sendiri.selama ni yang menteri2 pergi luar negara tu guna duit sendiri ke??bukan ke duit rakyat yang engkau2 orang guna.sebab itu ada akal pakai.jangan pula ada bijak gadai..
Post a Comment