Friday, May 16, 2014
Pengerusi Jawatankuasa Displin PKR diminta letak jawatan sebab memihak..
Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Parti, Datuk Dr Tan Kee Kwong didesak berundur kerana terdapat ‘percanggahan kepentingan’.
Menurut bekas Ketua AMK Balik Pulau, Mohd Faizal Ab Rahman, Dr Tan didapati menghadiri majlis pelancaran Keadilan Raya oleh calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
“Sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin parti, beliau sepatutnya berkecuali dan tidak boleh menyokong mana-mana calon,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, hanya selepas jawatan tersebut dilepaskan, bolehlah Dr Tan berjuang dalam pasukan Keadilan Raya Azmin Ali.
Setahun yang lalu, beliau yang ketika itu menyandang jawatan ketua AMK Cabang Balik Pulau telah menghantar surat aduan rasmi memohon tindakan disiplin terhadap Azmin Ali.
“Surat bertarikh 11 Mei 2013 telah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin berikutan tindakan Azmin yang mencerca parti secara terbuka di media perdana, “ katanya.
Katanya lagi, Azmin telah mengkritik presiden kononnya mengamalkan dasar nepotisme dalam parti, akhirnya dilaporkan oleh pelbagai media dan menjejaskan nama baik parti.
Mohd Faizal berpendapat bahawa ia jelas melanggar perlembagaan parti dan wajar diberi hukuman walaupun Azmin menjawat jawatan Timbalan Presiden parti ketika itu.
“Namun sehingga hari ini, masih tiada jawapan yang konklusif apatah lagi sebarang tindakan yang diambil oleh pihak jawatankuasa displin parti terhadap Azmin,” dakwanya.
Kenyataan Media
15 Mei 2014 Apabila Pengerusi Jawatankuasa Displin Parti Tidak Berdisplin
Setahun yang lalu, saya ahli parti bernombor P130001536 yang ketika itu menyandang jawatan ketua AMK Cabang Balik Pulau telah menghantar surat aduan rasmi memohon tindakan displin terhadap Encik Azmin Ali.
Surat bertarikh 11 Mei 2013 telah dihantar terus kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin, Dato Dr Tan Kee Kwong berikutan tindakkan Azmin yang mencerca parti secara terbuka di media perdana.
Azmin telah mengkritik presiden kononnya mengamalkan dasar nepotisme dalam parti, akhirnya dilaporkan oleh pelbagai media dan menjejaskan nama baik parti. Ia jelas melanggar perlembagaan parti dan wajar diberi hukuman walaupun Azmin menjawat jawatan Timbalan Presiden parti, ketika itu.
Namun sehingga hari ini, masih tiada jawapan yang konklusif apatah lagi sebarang tindakkan yang diambil dari pihak jawatankuasa displin parti terhadap Azmin.
Ia sekaligus mendatangkan sedikit kecurigaan, apakah Azmin kebal di dalam parti?
Kecurigaan itu terjawab akhirnya apabila baru-baru ini kelihatan kelibat Dato Dr Tan Kee Kwong berada dalam majlis pelancaran Keadilan Raya. Lebih mengejutkan, Dato Tan juga dilihat (dengan bukti bergambar) telah mengangkat tangan sebagai tanda ikrar taat setia kepada pasukan Keadilan Raya yang ditunjang oleh Azmin Ali.
Kini kita kenal siapa Dato Dr Tan Kee Kwong dan kita juga kini faham mengapa Azmin begitu berani membuat sesuka hati di dalam parti. Apa saja boleh dibuat jika telah menguasai jawatankuasa displin parti, pasti terlepas hukuman.
Susulan kejadian itu, saya mewakili ahli parti secara serius mendesak Dato Dr Tan Kee Kwong berundur dari Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Parti kerana terdapat 'percanggahan kepentingan'.
Hanya selepas jawatan tersebut dilepas oleh Dato Dr Tan, maka dipersilakan berjuang dalam pasukan Keadilan Raya Azmin Ali.
Sekian
Mohd Faizal AB Rahman
Mantan Ketua AMK Balik Pulau
No Anggota Parti: P130001536
0 orang berkata:
Post a Comment