Miri mungkin jadi ibu negeri Sarawak yang baharu
18/05/2014 2:11pm
MIRI - Pembangunan pesat bandar Miri sejak ia mendapat status bandar
raya pada 2005 mungkin boleh menggantikan bandar raya Kuching sebagai
ibu negeri Sarawak yang baharu, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri
Adenan Satem.
Beliau berkata, berikutan banyak projpembangunan
dilaksanakan di bandar raya Miri sekarang, bukan satu perkara yang
mengejutkan apabila bandar raya Miri boleh mengatasi populariti bandar
raya Kuching pada masa akan datang.
"Bandar raya Miri begitu pantas mengejar kemajuan bandar raya Kuching
dan bandar Sibu,” katanya pada majlis pecah tanah projek Miri Central
Park di sini hari ini.
Miri dinaikkan taraf bandar raya pada 20 Mei 2005 dan sejarah yang
dicipta menjadi bandar raya bukan ibu negeri yang pertama di negara ini
untuk diberi status tersebut.
Mengenai projek taman itu, Adenan menyambut baik inisiatif kerajaan
negeri dan swasta yang akan mengubah bandar raya Miri menjadi lebih
bertenaga daripada sebelumnya.
Digelar sebagai pembangunan pinggir laut autentik yang pertama di
negeri ini, Miri Central Park diliputi 6.28 hektar tanah dan dijangka
siap pada awal 2016.
Taman ini yang dilaksanakan secara bersama antara Pantai Bayu Indah,
ahli Kumpulan Samling dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah
(Pelita), yang dimiliki badan berkanun negeri. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment