Pangkalan tentera udara Thai diserbu antikerajaan
- Kumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh anggota keselamatan yang berkawal di luar pangkalan tentera udara di Bangkok, semalam. Foto: EPA
BANGKOK - THAILAND. Ribuan penyokong antikerajaan, semalam menyerbu
Akademi Tentera Udara Diraja Thailand dalam insiden protes terbaru untuk
menggesa pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Perdana Menteri sementara
Niwattumrong Boonsongpaisan meletak jawatan.
Menurut Agensi, Pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban berkata, mereka ke kem itu adalah untuk berbincang.
"Saya mahu berunding tetapi pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Niwattumrong melarikan diri," katanya.
Sementara itu, di ibu negara Thailand kekecohan tercetus selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki trak pikap melepaskan tembakan rambang ke arah kem penyokong antikerajaan berhampiran Monumen Demokrasi.
Pusat Kecemasan Erawan memaklumkan, dua pengawal dan seorang penyokong wanita maut manakala 18 lagi cedera.

0 orang berkata:
Post a Comment