Punca Dyna Sofya Dipilih Sebagai Calon DAP Di PRK Teluk Intan Tersebar
Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan hari ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membuktikan kepelbagaian DAP
sebagai sebuah parti politik.Dalam ucapannya, Dyana menyentuhkan usaha
memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai
untuk "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.
Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini,
kebanyakanbekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil
rakyat.Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim
dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP
Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.
Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen
Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.Beliau secara
terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai
setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.
Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal
dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di
Parlimen Gelang Patah.PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan
kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei
lepas.
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei. Dalam
pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew
Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.Bagi
kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai
untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.
Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai
penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina,
Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).
Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan
di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang
undang-undang hudud.Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen
Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP
Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.
Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi
kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP
Perak, Nga Kor Ming. ~mk
Posted by Addin Deen
0 orang berkata:
Post a Comment