Saturday, May 17, 2014
Hee..Hee...Nampak Gayanya Dyana Sofya Akan Hilang Depositlah Ni!
Macam mana ni Tokmoh.......
MH370 tak jatuh-jatuh lagi dari bergantungan di langit 3 negara!
Raja Bomoh muncul untuk 'restui' calon BN
mk - 6:52PM - 17 May 2014
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong.
Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac.Anak kelahiran Perak, beliau juga telah melakukan upacara berhampiran
Kampar, Perak di mana bekas pemimpin DAP Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya pada 17 April.
"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini, sambil mengakui tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.
Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.
Bagaimanapun, pemangku ketua Gerakan bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee berkata BN tidak menjemput Ibrahim datang ke majlils tersebut.
"Kami tak nampak dia berada di sana, dan kami tidak tahu mengenai kehadirannya hari ini," katanya ringkas.
Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara dengan Mah dan hanya memantau dari jauh.

0 orang berkata:
Post a Comment