Sedia berdepan lembaga disiplin Pas
GEORGETOWN - Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar
sedia berdepan dengan Lembaga Disiplin Pas kerana melanggar perintah
parti agar tidak bertanding PRK Bukit Gelugor.
Beliau tidak gentar jika Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ingin merujuknya kepada lembaga disiplin parti kerana mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan diri.
"Kalau nak rujuk saya kepada lembaga disiplin dipersilakan. Saya tidak gentar," katanya selepas melawat dan beramah mesra dengan pengundi di Pasar Tun Sardon di sini hari ini.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana perjuangannya disokong ramai ahli Pas zon utara yang mahu hudud dilaksanakan.
"Hudud tidak akan dilaksanakan secara terus di Pulau Pinang jika saya diberi mandat oleh rakyat tetapi ia akan dilaksanakan pada tahun 2020.
"Itu pun selepas semua suara akar umbi daripada pelbagai pihak dipertimbangkan," katanya.
Jumaat lalu, Mahfuz dilaporkan berkata Mohamed Nabi Bux akan berdepan dengan tindakan daripada lembaga displin parti itu jika benar menjadi ahli Pas seperti yang didakwa.

0 orang berkata:
Post a Comment