Selasa, 20 Mei 2014
Dyana Sofya: Rakyat bertumbuk dengan rakyat, politikus tepuk tangan
Oleh Ahmad Tempe
Juak Melayu Umno/BN selalu “berdakwah” politik dengan kata seperti “Orang Melayu mesti bersatu, jangan bergaduh sesama sendiri. Nanti Melayu bergaduh dengan Melayu, Cina tepuk tangan.”
Juak Melayu Umno/BN selalu “berdakwah” politik dengan kata seperti “Orang Melayu mesti bersatu, jangan bergaduh sesama sendiri. Nanti Melayu bergaduh dengan Melayu, Cina tepuk tangan.”
Saya tidak berminat untuk berbincang tentang isu lapuk seperti ini.Kita sendiri boleh berfikir guna akal yang ada, baik atau buruk. Setiap daripada kita punyai pandangan masing-masing.
Memang setiap bangsa itu ada yang berminat dengan nasionalis, ada yang sosialis, ada yang anarkis, ada yang lagak demokrat tulen. Apa salahnya? Itu lumrah.
Sejak akhir-akhir ini, saya jarang bermain Facebook atau Twitter. Tetapi, dua hari lepas tergerak hati untuk buka dan “layan” seketika.
Apabila buka sahaja Twitter, terus terdetik, “Sudah! Minah ini pulak jadi bahan politik! Gempar politik Melayu!”
Saya dan kawan-kawan terus tergelak dan tepuk dahi. Dyana Sofya Daud yang merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang menjadi “spotlight” kerana menjadi calon DAP bagi kawasan Teluk Intan.
Meriah sungguh laman sosial berbincang pasal beliau. Saya tidak pelik apabila sesetengah juak Melayu Umno bising tentang Sofya, tetapi saya pelik bila juak Pakatan Rakyat sibuk hendak defensif tentang isu ini.
Pertamanya, kita harus terima realiti bahawa Malaysia sedang mengalami satu perubahan politik baru.
Sampai satu masa nanti, orang Melayu tidak akan tertumpu pada Umno, PAS dan PKR sahaja.
Politik akan menjadi satu industri bila mana ia tidak akan punyai harga yang mahal. Jika ada pemimpin Melayu Umno yang kata kemasukan Dyana Sofya dalam DAP itu harganya 50 sen, memang betul. Saya sokong!
Politik akan jadi satu industri. Jangan sebab datang daripada “universiti benteng Umno” , kita automatik jadi kena masuk Umno. Fatwa siapa pula ini?
Keduanya, rakyat jangan terlalu fokus tentang isu karut-marut yang dimainkan oleh politikus.
Andai DAP hendak hantar calon persis model menawan atau berbuah dada menarik pun, apa masalahnya? Sudah nama pun politik!
Masing-masing hendak “test market” dan cuba cari lubang bagaimana mahu menang. Perkara yang rakyat perlu fokus sebenarnya adalah isu dan polisi yang ingin dibawa oleh calon ini.
Ini bukan rancangan mencari bakat. Ini soal masa depan negara dan rakyat.
Rakyat mesti bijak membuat pertimbangan idea dan pembawakan mana yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.
Kalau sudah ideanya hanya retorik sampah, cliché dan hari-hari kita dengar. Untuk apa kita undi calon seperti ini?
Ketiga, rakyat mesti aktif mula aktif memainkan peranan dalam kawasan masing-masing. Ini adalah persediaan bagi berdepan dengan calon yang akan menang nanti.
Apabila sudah menang nanti, tuntut segala janji yang sudah ditabur. Cuba bentuk kesatuan dan ikatan sesama rakyat supaya menjadi kolektif.
Tidak kira ikatan yang berbaur nasionalis, sosialis atau anarkis. Kita bersatu di atas satu nama. Rakyat!
Jangan nanti rakyat asyik bertekak dengan rakyat, ahli politik tepuk tangan. Beringat!
0 orang berkata:
Post a Comment