Tuesday, May 20, 2014
Waoo....Hudung Mahathir Penyet Dipicit Ibu Dyana!
Itulaa....dah tua gayut dan bersara dengan tanggunggan duit rakyat sepatutnya duduklah diam-diam
Ini tidak, bila orang sibuk dia pun menyibuk sama!
Dahlah gitu terdidik anak jadi tokey arak pun ada.....
Saya cuba didik jadi Mukhriz, tetapi membesar jadi Marina, kata ibu Dyana kepada Dr Mahathir OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 20, 2014
Dahlah gitu terdidik anak jadi tokey arak pun ada.....
Saya cuba didik jadi Mukhriz, tetapi membesar jadi Marina, kata ibu Dyana kepada Dr Mahathir OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 20, 2014
Calon
Teluk Intan DAP, Dyana Sofya semasa sidang media selepas menemui orang
ramai di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit
Siang dan ibunya Yammy Samad hari ini. – Gambar The Malaysian Insider
oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.
Kekesalan bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud
menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh
ibunya, Yammy Samad.
Yammy berkata
beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya
itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.
Semalam,
Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon
yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong
perjuangan Umno sejak sekian lama."Saya beri kebebasan kepada anak saya
untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh
memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi
bertemu pengundi hari ini.
"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.
“Kalau anak
orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah
Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja,"
kata Dr Mahathir.
Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.
Katanya, tiada
gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang
diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.
"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.
“Dia hendak
kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan
India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat
apa?” katanya.
Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.
Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.
"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.
"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada,” katanya.
Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.
Mengulas
mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di
kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti
menerusi SMS atau pun e-mel.
"Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup,” katanya. – 20 Mei, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment