Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, May 21, 2014


Najib Mungkin Batal Turun Berkempen Di PRK Teluk Intan Jika Baca Artikel Ini..


MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.



Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".



MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.



"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.



"Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa," kata bekas ADUN Umno itu lagi dalam tulisan di blog sakmongkol.blogspot.com.



Kenyataan itu timbul selepas ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan memberi peringatan kepada calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud agar tidak menjadipengkhianat.



Seorang lagi pemimpin Wanita Umno, Jahara Hamid yang juga ketua pembangkang DUN Pulau Pinang mengumpamakan Dyana sebagai "kacang lupakan kulit".Mengulas lanjut, Ariff Sabri bekata, keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang Melayu, sama seperti strategi Umno.



"Hiasan atau tidak, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti Umno letak (calon dari) MCA, MIC dan Gerakan – semua itu perhiasan untuk Umno untuk tujuan yang sama – memancing pengundi bangsa bukan Melayu.



"Kenapa ianya boleh dilakukan oleh Umno tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jenayah," katanya lagi.Mengulas lanjut mengenai dakwaan mengaitkan Umno dengan pengkhianatan, beliau seterusnya membangkitkan isu tanah rizab Melayu, saham bumiputera dan juga kenaikan tarif elektrik.



"Mengenai bab pengkhianat ini orang Umno memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar," katanya. ~mk
Addin

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.