Wednesday, May 21, 2014
Pendakwaraya Norway serah laporan salahguna kuasa Taib kepada SPRM Tapi.....
Pendakwaraya Norway serah laporan salahguna kuasa Taib kepada SPRM, tetapi apa tindakan seterusnya
SEKILAS PANDANG: Satu
lagi laporan salahlaku melibatkan pemimpin tempatan telah diserahkan
kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi apa agaknya
tindakan susulan terhadapnya?
Benar,
ini bukan kali pertama dakwaan salahlaku melibatkan pemimpin kita,
termasuk bagi orang kuat Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi
sasaran aduan bagi pejuang-pejuang hak asasi Orang Asal dan
anti-pembalakan.
SPRM
telah membebaskan Taib daripada sebarang kesalahan pada siasatan
awalnya. Jirannya Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga diberi pelepasan
oleh badan pencegah rasuah tersebut berikutan dakwaan menyalurkan jutaan
ringgit kepada kantung Umno.
Adakah aduan terbaru ini yang melibatkan hubungan Sarawak Energy dengan ahli keluarga Taib akan dibuat siasatan?
Pertubuhan
NGO Bruno Manser Fonds (BMF) telah mengumumkan bahawa pendakwaraya
Norway telah merujuk aduan korupsi yang dibuat mereka ke atas warga
Norway yang berkhidmat dengan Sarawak Energy kepada Suruhanjaya Pencegah
Rasuah di Malaysia.
Ini
berdasarkan surat yang diutus Pihak Berkuasa Siasatan dan Pendakwaraya
Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar Norway (Økokrim) kepada BMF bertarikh
27 Februari.
Di
dalam surat tersebut, agensi Norway itu berkata aduan tentang
berlakunya rasuah melibatkan Sarawak Energy Bhd dan ketua pegawai
eksekutifnya tidak akan dibuat pendakwaan oleh badan itu tetapi dirujuk
kepada SPRM dalam bulan Januari tahun ini.
Ini
kerana agensi tersebut tidak menyiasat aduan yang dibuat individu
tetapi hanya bertindak selepas siasatan dan pemantauan pihak berwajib.
Dasar aduan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap Norway bagi ia menjalankan siasatan.
Maka, Økokrim merujuknya kepada SPRM yang bertanggungjawab bagi pihak di Malaysia.
Usaha
mengheret Taib, kroni serta ahli keluarganya ke mahkamah tempatan tidak
pernah berjaya, maka BMF berusaha membawa penglibatan pihak asing di
dalam kes tersebut.
Pertubuhan
NGO Malaysia Suaram telah berjaya di dalam kes sebegini, apabila
membawa tuduhan salahlaku melibatkan pemimpin tinggi di Malaysia dan
warga Peranchis berikutan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan
Malaysia. Mahkamah Peranchis sedang membuat siasatan bagi kes tersebut.
Amat
menyedihkan jika di Malaysia, aduan salahlaku berkaitan pemimpin kita
dipandang sepi sehingga terpaksa dibawa ke pengetahuan dunia agar
keadilan mampu terlaksana.



0 orang berkata:
Post a Comment