Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BONGKAR] DAP Tuntut Penjelasan SPR Mengapa Ada Perbezaan 377 Undi?


DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan percanggahan antara jumlah keluar mengundi yang dimumkan SPR dan keputusan rasmi pengundian PRK Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.

Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming berkata, jumlah pengundi keluar mengundi yang diumumkan SPR adalah sebanyak 40,242 termasuk pengundi awal, tetapi keputusan rasmi kiraan undi ialah 40,619 dalam PRK itu.

“Angka ini melibatkan perbezaan 377 undi antara apa yang diumumkan SPR (40,242) pada awalnya dan keputusan akhir (40,619), ia juga lebih daripada majoriti kemenangan calon BN, 238 undi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Kian Ming, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun menulis surat kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk menjelaskan perkara itu.

“Kami sedang menunggu jawapan sebelum mengadakan perbincangan lanjut dengan peguam parti. Peguam kami telah menasihatkan supaya tidak mengulas lanjut sehingga mendapat jawapan rasmi daripada SPR,” ujarnya.

Berkenaan pengiraan semula, beliau menjelaskan bahawa perkara itu hanya boleh dibuat di tempat mengundi jika perbezaan bilangan undi untuk kedua-dua calon adalah kurang daripada 4 peratus.

“Memandangkan ejen pengiraan kami di setiap tempat mengundi adalah individu berpengalaman, arahan tidak diberikan kepada mereka untuk meminta pengiraan semula jika perbezaan adalah kurang dari 4 peratus.

“Kami yakin dan percaya bahawa setiap ejen telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memastikan ketelusan dan ketepatan undian di setiap pusat pengundian masing-masing,” ujarnya.

Menurut Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang, berdasarkan Perkara 25, Seksyen 13, pengiraan semula undi di 7 tempat mengundi yang mencatatkan beza undi 4 peratus atau kurang tidak akan membawa perbezaan pada keputusan kerana ia tidak melibatkan undi rosak atau ditolak.

“Ini bermakna, peluang untuk mengubah keputusan akhir adalah sangat tipis dan mungkin tidak cukup untuk mengubah majoriti sebanyak 238. Pengiraan semula juga berisiko dan boleh menyebabkan lebih banyak undi diperoleh calon BN,” katanya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.