Ini Sebenarnya!!! (Gambar2) Sekumpulan Gadis Muda Bertudung Dalam Gereja Dibongkar.. Jom Terjah!!!
2:57 PM
No comments
Sehari
dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai
tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan
media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan
beramai-ramai.
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat
sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu
Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan
Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar
tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem,
Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang
dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak
kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan
penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam.
-mynewshub






0 orang berkata:
Post a Comment