Najib ucap tahniah kejayaan Pahang rangkul Piala FA 2014
08/06/2014 11:16am
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengucapkan tahniah dan memuji persembahan skuad bola sepak Pahang yang
menjulang Piala FA 2014 selepas menundukkan Felda United FC, malam tadi.
"Apa lagi boleh saya katakan tentang pasukan bola sepak negeri
kelahiran saya ini. Ternyata handal. Tahniah skuad Tok Gajah!,” katanya
dalam laman twitter beliau hari ini.
Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke
atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam. -
Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment