Sunday, June 8, 2014
Kerana Kecut Perut Atau Menjaga Kesucian Institusi Raja?
Utusan Malaysia enggan menghadap Sultan Johor jika dipanggil
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 8 June 2014 | Updated: 8 June 2014 3:30 AM
Utusan
Malaysia mengatakan amalan menghubungi editor dan wartawan kerana
liputan media oleh pihak istana tidak wajar dan tiada sebab untuk
pembesar untuk sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi
untuk dimarahi. – Gambar diambil dari laman web Majlis Raja-Raja, 8 Jun,
2014.
Akhbar milik
Umno Utusan Malaysia yang lantang mengkritik tindakan kerajaan negeri
Johor melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) dalam
pentadbiran melalui kolumnisnya Awang Selamat enggan menghadap
pemerintah negeri itu sekiranya dipanggil.
Dalam ruangan
"Bisik-bisik Awang Selamat " kolumnis itu menyatakan sekiranya Sultan
Johor ingin membuat teguran atau mendapatkan penjelasan, cukuplah
dilakukan dengan menghantar wakil berjumpa dengan Utusan Malaysia.
"Adalah tidak
sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan secara langsung dengan
mana-mana editor jika timbul situasi yang tidak menyenangkan.
"Awang pun
kalau menjadi bos media tidak mahu datang sekiranya dipanggil menghadap
untuk tujuan seperti itu melainkan jika diundang untuk berbuka puasa
atau hal-hal lain yang kita semua boleh merasa selesa," katanya dalam
Mingguan Malaysia hari ini.
Selain itu,
Awang Selamat juga menafikan terdapat arahan daripada pihak Istana agar
Utusan Malaysia menghadap Sultan Johor berhubung isu tersebut.
Kolumnis itu berkata, media harus berhenti terlalu risaukan akan teguran sekiranya menyentuh mengenai perihal institusi Diraja.
"Itulah
pertanyaan biasa dalam kalangan orang media setiap kali ada isu sensitif
yang menyentuh istana Johor. Apa yang Awang boleh tolong jawabkan bagi
pihak Utusan - tiada.
"Keresahan
orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya
tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baru, pembesar
istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi
untuk dimarahi. Itu bukan cara wajar," katanya sepertimana dipetik
dalam akhbar itu hari ini.
Awang Selamat
juga percaya Sultan Johor juga tidak akan sesekali merendahkan nilai
darjatnya sebagai seorang Raja dengan bertindak memanggil pihak Utusan
Malaysia untuk menghadapnya.
"Jika ada
sebarang teguran atau mahukan penjelasan daripada Awang percaya Sultan
Johor walaupun terkenal dengan sikap tegasnya, adalah seorang budiman
dan tidak akan merendahkan nilai serta darjatnya sebagai seorang Raja.
Lebih-lebih lagi, zaman sudah berubah," katanya.
Beliau berkata,
amalan mengutuskan wakil tanpa perlu dibawa mengadap juga merupakan
amalan biasa bagi negara yang mempunyai institusi Diraja seluruh dunia.
"Itulah juga
amalan pihak istana di Eropah, Jepun dan Thailand malah kesultanan
negeri lain di negara ini kerana tidak mahu wujud salah tanggapan
seolah-olah ada pihak seperti dibuli," katanya.
Akhbar milik
Umno awal minggu ini dalam ruangan muka depannya menyiarkan pelbagai
reaksi daripada beberapa pemimpin Umno yang mahukan kerajaan Johor
menangguhkan pembentangan RUU tersebut.
Antaranya
reaksi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menyatakan penglibatan institusi raja dalam pentadbiran kerajaan negeri
akan dikhuatiri akan menjurus kepada perasaan tidak menghormati
institusi itu dalam kalangan rakyat.
Utusan Malaysia
juga membuat pendedahan mengenai pendirian kerajaan Johor memberikan
kuasa mutlak kepada Sultannya dalam urusan membabitkan penubuhan Lembaga
Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). – 8 Jun, 2014.
Posted by
mountdweller



0 orang berkata:
Post a Comment