Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tanah runtuh: Laluan di Kilometer 46, Jalan Tambunan-Penampang tidak dapat dilalui


08/06/2014 6:59pm

KOTA KINABALU - Laluan di Kilometer 46, Jalan Penampang-Tambunan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah berikutan kejadian tanah runtuh yang menimbus sama sekali jalan raya di lokasi berkenaan.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pada pukul 3.36 petang ini dan kini berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang setengah kilometer melibatkan pengguna dari Penampang.

"Kami dimaklumkan pihak berkuasa sudah menghantar jentera ke lokasi untuk mengalih runtuhan tanah di atas jalan raya. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku," kata jurucakap itu.

Setakat ini, belum ada maklumat tentang jarak jalan raya yang tertimbus dan bila jalan di situ boleh dilalui semula kerana jentera masih dalam perjalanan ke lokasi untuk menjalankan kerja pembersihan.

Justeru, beliau menasihati pengguna yang hendak ke Tambunan atau ke Kota Kinabalu dan Penampang supaya tidak menggunakan laluan itu buat sementara waktu.

Bagaimanapun, jika terpaksa meneruskan perjalanan, pengguna jalan raya dari Kota Kinabalu ke Tambunan dan sebaliknya dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu Kota Kinabalu-Ranau-Tambunan atau Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau namun laluan alternatif itu agak jauh. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.