Wednesday, June 18, 2014
Oooo.....Tu Sebabnya Mereka Berani Nyalakan Api Rasis!
Kanun Keseksaan tidak mampu tangani kebencian kaum, kata MKPN
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 17 June 2014 | Updated: 17 June 2014 5:49 PM
Ahli
Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional, Datuk Saifuddin Abdullah di sidang
media penerangan inisiatif buku Politik Baru di Kuala Lumpur hari ini. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 17 Jun,
2014.
Tiga rang
undang-undang yang dicadangkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional
(MKPN) bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 akan dapat menjadi pelengkap
kepada Kanun Keseksaan untuk mendakwa mereka yang terlibat alam ucapan
kebencian kaum.
Ahli MKPN,
Datuk Saifuddin Abdullah berkata Kanun Keseksaan sahaja tidak dapat
menggantikan Akta Hasutan kerana ia hanya menyentuh soal agama dan tidak
kepada kaum.
“Kelemahan
besar Akta Hasutan adalah tidak memerlukan niat. Anda boleh didapati
bersalah menghasut tanpa niat. Kenapa perlu ada rang undang-undang baru?
Kerana undang-undang sedia ada tidak mencukupi.
“Kita ada
undang-undang membendung ucapan kebencian? Mungkin ya, tetapi berkaitan
agama. Kanun Keseksaan tidak merangkumi kaum,” katanya pada sidang media
penerangan inisiatif buku Politik Baru di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi
Proham Datuk Khutubul Zaman dalam satu forum awal bulan ini berkata tiga
rang undang-undang berkenaan tidak diperlukan kerana Kanun Keseksaan
mencukupi bagimenggantikan Akta Hasutan.
Tiga rang
undang-undang tersebut adalah Jenayah Kebencian Kaum dan Agama,
Rekonsiliasi dan Keharmonian serta Suruhanjaya Rekonsiliasi dan
Perpaduan Nasional yang dibentangkan ke Kabinet.
Saifuddin
berkata, tiga rang undang-undang berkenaan penting bagi menggantikan
Akta Hasutan kerana Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) sudah pun dimansuhkan kerajaan.
Katanya, dengan
adanya undang-undang yang akan diperkenalkan, ia sekaligus akan
mengurangkan tugas polis apabila sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi
mendengar kes berkaitan kaum.
“Kita perlu akta baru untuk melakukannya. Isu utama adalah kita perlu membuktikan ucapan kebencian sesuatu jenayah.
“Kedua, kita
perlu membentuk mediasi dan mekanisme penyelesaian konflik. Kami
mencadangkan Suruhanjaya Rekonsiliasi dan Perpaduan Nasional,” katanya.
Ketua pegawai
eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global itu berkata, suruhanjaya
yang dicadang akan menjalankan proses mediasi bagi meredakan ketegangan
pihak yang berkaitan.
Katanya, banyak laporan polis berkaitan isu perkauman sebelum ini tidak diambil tindakan kerana ia tidak berkaitan jenayah.
“Bukan semuanya perlu ke mahkamah. Terdapat konflik antara kaum perlu ada platform mediasi.
“Ini akta Parlimen pertama yang melalui rundingan secara terbuka dan telus sejak hari pertama,” katanya.
Dalam satu
forum membincangkan Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional awal bulan
ini, Ketua Eksekutif Institut Hubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan
Saiful Wan Jan berkata, pemansuhan Akta Hasutan tidak perlu digantikan
dengan akta baru.
Pengarah
Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen pula menegaskan keazaman
politik lebih diperlukan di Malaysia berbanding akta menggantikan Akta
Hasutan.
“Saya bimbang kita akan terus melihat undang-undang untuk menyelesaikan masalah.
“Apa yang kita
perlukan adalah keazaman politik daripada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berbanding undang-undang baru,” katanya. – 17 Jun, 2014.
Posted by
mountdweller



1 orang berkata:
zzzzz2018.8.15
nike presto femme
jordans
oakley sunglasses
louboutin shoes
coach outlet
nike shoes for women
golden goose
kate spade outlet online
canada goose outlet
ugg boots
Post a Comment