• Lelaki terbabit yang ditangkap penduduk kampung dipercayai akibat mencuri wang tabung masjid.  
  •  
  • Lelaki terbabit yang ditangkap penduduk kampung dipercayai akibat mencuri wang tabung masjid.
1 / 1
KOTA BHARU - Padah mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki ditangkap penduduk kampung di Masjid Kadok di sini, malam kelmarin.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan kegiatan itu dengan mencungkil tabung masjid menggunakan lidi.


Bagaimanapun perbuatannya berjaya dikesan penduduk kampung ketika sedang cuba mendapatkan wang dalam tabung berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit berjaya ditangkap orang awam selepas solat tarawih.


“Dipercayai wang dalam tabung yang dicuri berjumlah kurang daripada RM30.


"Namun ketika dia ditahan, tiada wang dalam simpanannya dan perkara ini telah diselesaikan keluarga lelaki terbabit dengan pihak masjid," katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun ditahan semula selepas positif ujian air kencing dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.